Tuesday 30 October 2012

'Banyak MP Pakatan cuma tunjuk muka dalam parlimen'

Sekalipun Pakatan Rakyat menambah suara Melayu dalam parlimen, tidak semua mereka yang mampu berhujah dalam perbahasan dalam Dewan Rakyat, kata Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed.

"Memang banyak orang Melayu dalam Pakatan ini berbanding kami (Umno) tetapi kebanyakannya mereka ini, hanya tunjuk muka.

"Mereka diakui mempunyai banyak pemimpin Melayu, namun banyak sahaja pun tidak guna kalau tidak bersuara," katanya..

parliament pc jeyakumar and mustapha 171208 04Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno turut menafikan kekurangan ahli parlimen dari parti itu selepas pilihan raya umum ke-12 tidak menunjukkan parti itu kurang lantang dalam menyuarakan hak orang Melayu di Parlimen.

Menurutnya yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Umno adalah parti utama yang sering membela nasib orang Melayu sejak dahulu lagi.

Mustapha yang juga ahli parlimen Jeli mengulas dakwaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa kemenangan Pakatan pada pilihan raya umum lalu adalah bukti kemampuan menambah suara orang Melayu dalam Parlimen berbanding BN.

Akhbar itu turut melaporkan pakar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan sebagai berkata kemenangan calon Melayu dalam Pakatan tidak boleh dinilai daripada aspek kualiti kerana kebanyakan calon pembangkang didakwa hanya "bidan terjun".

"Bagi saya ini hanya permainan statistik, bukan keupayaan sebenar calon Pakatan... Saya melihat, pemilihan calon Melayu dalam Pakatan juga agak tempang hingga menyebabkan kredibiliti Pakatan terjejas.

"Kualiti ahli parlimen Melayu dalam Pakatan amat rendah kerana mereka tidak boleh memimpin, apa lagi untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu," katany.

No comments:

Post a Comment

Get widget