Sunday 11 November 2012

‎2 surat kepada KAFA, hanya satu berbalas

Isu Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak bersungguh mendapatkan Norshahrul Idlan Talaha tidak timbul kerana surat mengenainya telah dikirimkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim berkata, surat menyatakan PBNJ berminat untuk menyunting penyerang sensasi itu sudah lama diserahkan dan pihaknya kini hanya menunggu jawapan daripada KAFA.

Malah, katanya, PBNJ selama ini menggunakan saluran serta prosedur yang betul untuk mendapatkan pemain yang turut dikenali dengan jolokan The Linesman, surat yang dihantar juga bukan satu tetapi dua surat kepada KAFA.

Menurutnya, surat pertama yang dihantar PBNJ kepada KAFA adalah berhubung status Norshahrul dengan skuad The Red Warriors manakala surat kedua pula merupakan surat tawaran untuk mendapatkan khidmat Norshahrul.

No comments:

Post a Comment

Get widget