Sunday 11 November 2012

EPL: MU makin selesa, Arsenal terikat


Javier Hernandez
Penyerang Manchester United, Javier Hernandez (kanan) meraikan gol jaringannya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester United dan Aston Villa. - Foto EPA
MANCHESTER United (MU) berjaya menumpaskan Aston Villa 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park semalam.

Aston Villa selaku pasukan tuan rumah dilihat menguasai permainan di separuh masa pertama apabila Andreas Weimann berjaya menjaringkan gol pertama di minit-minit terakhir sebelum tamat permainan.

Seawal permainan separuh masa kedua bermula, Weimann sekali lagi menjaringkan gol kedua Aston Villa di minit ke-50, hantaran Gabriel Agbonlahor.

Selang lapan minit kemudian, MU bangkit merapatkan saingan menerusi Javier Hernandez pada minit ke-58.

MU mendapat 'bonus' apabila Ron Vlaar menjaringkan gol sendiri pada minit ke-63, sekali gus menyamakan kedudukan 2-2.

Hantaran bola dari Robin van Persia berjaya disempurnakan oleh Hernandez pada minit ke-87.

Kemenangan ini mengekalkan kedudukan MU sebagai pendahulu liga dengan mengutip 27 mata meninggalkan pesaing rapatnya, Chelsea dengan perbezaan empat mata.

1 comment:

Get widget