Saturday 10 November 2012

Ibrahim Ali: Perkasa hanya pertahan akidah umat Islam


Datuk Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengingatkan media tidak salah memetik forum Kebebasan Bertukar Agama dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan anjuran pertubuhan itu sebagai melaga-lagakan bangsa Melayu yang beragama Islam dengan bangsa dan agama lain.
Menurutnya, forum itu bertujuan bagi memperbetulkan kekeliruan yang bahaya kepada masyarakat yang telah diwujudkan keraguan tentang agama persekutuan di negara ini oleh pembangkang.
“Perkara ini tidak ada kena-mengena kepada mana-mana pihak yang berbangsa lain dan menganuti agama selain Islam tetapi ia bertujuan memberikan kesedaran kepada pihak yang ideologinya boleh merosakkan umat Islam dan negara ini.
“Penganut agama lain tidak perlu bimbang kerana perkara yang kita pertahankan adalah berkaitan pegangan akidah umat Islam di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya forum di Kelab Sultan Sulaiman, semalam.
Mengulang kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai baru-baru ini membawa maksud menjurus kepada perkara yang berkaitan kepada perkara murtad.
Katanya, beliau mengulangi bahawa Melayu Islam memegang kepada prinsip tiada paksaan dalam beragama kepada orang bukan Islam yang wujud sejak zaman berzaman.
Bukan kepada Melayui yang agama terasnya adalah Islam yang boleh menukar agamanya dengan sewenangnya.
Menurutnya, forum ini akan dijadikan jelajah ke setiap negeri sekali gus akan menerbitkan cakera padat forum yang dilihat memberi kupasan yang amat jelas kepada masyarakat Melayu Islam.
Beliau berharap tidak ada pihak menyatakan pihaknya cuba memprovokasikan agama lain.
“Kita mahu mempertahankan agama Islam itu tak ada kebebasan sekiranya telah menganutinya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Get widget