Sunday 4 November 2012

'Kami hanya tentang hudud versi Pas'








DATUK SERI DR. CHUA SOI LEK PRESIDEN MCA PENDIRIAN MCA berkaitan perjuangan hudud versi Pas telah menimbulkan pelbagai reaksi hingga parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dikatakan menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia. Yang berikut adalah kenyataan dikeluarkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) semalam bagi menjelaskan kekeliruan dalam isu tersebut: 1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud Pas bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia. 2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari daripada Pertubuhan Ilmuwan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan daripada beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

No comments:

Post a Comment

Get widget