Sunday 4 November 2012

Tangguh AES : PR perihatin masaalah rakyat.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) yang telah bersetuju menangguhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
“Walaupun AES ini dibuat bagi bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut, namun ianya seolah-olah ingin mencari keuntungan dengan merompak duit rakyat,” kata Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob (gambar).
Bahkan, katanya kedudukan AES yang tidak munasabah dilihat bagaikan ingin mencari kesalahan pemanduan rakyat dengan apa cara sekalipun.
Menruutnya, DPPWP melihat penangguhan perlaksanaan AES sebagai satu pengajaran kepada pihak kerajaan Umno BN supaya berhenti dari menyembelih tengkuk rakyat demi memenuhi poket kroni-kroni.

“Apakah kerajaan ingin mendidik rakyat atau memeras ugut rakyat sendiri? Apakah kerajaan begitu terdesak kini untuk mendapatkan sumber pendapatan sehingga sanggup memecahkan tabungan rakyat sendiri?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DPPWP juga bersetuju bahawa pemasangan AES seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
Katanya, tindakan penangguhan tersebut juga dilihat bertepatan memandangkan begitu ramai rakyat yang teraniaya dengan saman AES.
Beliau berkata, ia juga membuktikan betapa kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat begitu prihatin dengan keluhan setiap rakyatnya yang kian dihimpit dengan pelbagai kos hidup yang kian mencengkam saban hari.
Justeru, ujarnya DPPWP mencabar kerajaan negeri Umno BN supaya turut menangguhkan perlaksanaan AES jika benar-benar prihatin terhadap permasalahan rakyat.
“Janganlah kerana AES ini projek kroni maka rakyat sanggup dikorbankan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Get widget