Tuesday 1 October 2013

India juara Piala Sultan Johor



 
 Malaysia gagal untuk menjulang trofi Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2013 selepas tewas 3-0 kepada India dalam perlawanan akhir malam tadi.
India menunjukkan penguasaan sepanjang babak pertama perlawanaan dengan kerap melakukan serangan-serangan berbahaya dan ia sekaligus membuatkan Malaysia bermain bertahan.
India meraih gol pembukaan menerusi Amon Mirash Tikey di minit ke 22 selepas pemain itu menyambut baik hantaran rakan sepasukan.
Di penghujung babak pertama, India memperoleh tiga peluang apabila meraih tiga pukulan sudut berturut-turut, bagaimanapun pertahanan Malaysia cemerlang menjaga kubu mereka.
Malaysia dilihat sedikit bangkit pada babak kedua perlawanan, namun ia masih tidak cukup untuk mengekang kemaraan lawan.
Hantaran 1, 2 dilakukan pemain India kerap kali mengelirukan pertahan Malaysia, namun penjaga gol Mohd Hafizuddin Othman perlu mendapat pujian apabila beraksi baik menyelamatkan gawang Malaysia.
India melebarkan penguasaannya selepas mendapat jaringan kedua menerusi Affan Yousuf di minit ke-55. Pemain itu mudah melakukan jaringan selepas menerima hantaran baik daripada rakan yang berjaya melepasi pertahanan Malaysia.
Tidak lama kemudian, India sekali lagi meraih jaringan tambahan dan melengkapkan kemenangan 3-0 mereka menerus Mampreet Singh pada minit ke-64.
Sementara itu, Argentina menduduki tempat ketiga selepas menumpaskan Pakistan 3-0 melalui pukulan penalti selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan sepenuh masa 70 minit.
Dalam penentuan tempat kelima, Korea Selatan mengalahkan England 6-0.
Senarai Kedudukan Pasukan:

1. India
2. MALAYSIA
3. Argentina
4. Pakistan
5. Korea Selatan
6. England.

No comments:

Post a Comment

Get widget