Thursday 10 October 2013

LGE: 29 kenderaan polis juga turut ke laut?

Selain menyentuh tentang kehilangan senjata, seorang pemimpin pembangkang dengan sinis turut membangkitkan tentang kehilangan kenderaan polis.

Merujuk kepada kenyataan ketua polis negara bahawa senjata polis yang hilang mungkin jatuh ke laut, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tertanya-tanya sama ada kenderaan polis yang hilang pun jatuh ke laut.

"Adakah 29 buah kenderaan polis itu juga turut ke laut perginya?" tanya lim dalam satu kenyataan.

NONEKatanya, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (kanan) menegaskan
bahawa beliau tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak polis mengenai peralatannya yang hilang.

Laporan audit mendedahkan bahawa polis telah kehilangan 44 senjatapi, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain berjumlah RM1.3 juta.

Lim berkata, menurut Ambrin, setakat ini, orang awam dimaklumkan oleh ketua polis negara dan menteri dalam negeri bahawa senjata api yang hilang itu berkemungkinan jatuh ke dalam laut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah mendakwa bahawa beliau telah menjelaskan perkara itu kepada Jabatan Audit, tetapi ini tidak dimasukkan dalam laporan itu.

Rakyat, dakwa Lim, lebih yakin bahawa ketua audit negara telah bercakap benar manakala Ahmad Zahid dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak bercakap benar.

Sehubungan itu, kata pemimpin DAP itu, kedua-dua menteri berkenaan patut meminta maaf.

NONEBeralih kepada Ahmad Shabery (kiri), Lim bertanya: "Bagaimana beliau
sanggup berbohong bahawa ada pihak swasta yang menaja RM1.6 juta yang dibayar oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa tiga kumpulan K-Pop untuk sambutan Hari Belia, sedangkan Tan Sri Ambrin memberitahu bahawa pegawai kementerian pun tidak menafikan bahawa wang tersebut datang daripada peruntukan kerajaan?"

Ahmad Shabery mengetuai Kementerian Belia dan Sukan ketika itu dan kini merupakan menteri komunikasi dan multimedia.

Menteri itu memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau bersedia memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengenai isu itu dan bersedia ia disiarkan secara langsung.

Menurut Lim lagi, jika Ahmad Zahid dan Ahmad Shabery tidak memohon maaf, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah bertindak "sekiranya beliau mahu mengekalkan sebarang sisa keyakinan awam terhadap kejujuran, kemahiran dan profesionalisme menteri-menterinya".

No comments:

Post a Comment

Get widget