Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di kawasan Parlimen
Marang di Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurut
Anwar, perdana menteri seharusnya bertanding di kawasan Parlimen Marang
yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden PAS
itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan di Pahang
yang disandang Najib.
Ditanya sama ada Abdul Hadi pasti
bertanding di Pekan, Anwar yang ditemui di lobi Parlimen, berkata: "Kami
belum membincangkan perkara itu, beliau (Abdul Hadi) kata akan tunduk
kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti."
Sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan berkata beliau akan bertanding di
mana-mana kawasan yang diminta parti termasuk untuk kerusi Parlimen Pekan.
Najib semalam berkata beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di
kawasan Parlimen Pekan.
No comments:
Post a Comment