DAP meminta kerajaan Malaysia mengemukakan bantahan diplomatik bagi
membendung segera keganasan tentera rejim Israel terhadap penduduk awam
Palestin di Semenanjung Gaza.
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng
berkata Wisma Putra perlu menyampaikan pesanan tegas kepada Amerika
Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya menghentikan
keganasan Isreal-Palestin yang sedang berlaku ini.
"DAP
mengecam penggunaan taktik keganasan Israel yang mempunyai kelebihan
ketenteraan yang jauh lebih hebat. Sebarang tindakan keganasan oleh
Israel secara lazimmnya akan mengakibatkan kematian dan kerosakan
berlebihan dan
mengundang serangan balas daripada pejuang Palestin," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sekurang-kurangnya
30 rakyat Palestin terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak sejak
Israel memulakan serangan terhadap Palestin di Gaza, Rabu lalu.
No comments:
Post a Comment