PHNOM PENH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean dan persidangan-persidangan berkaitan selama tiga hari bermula esok.
Pesawat yang membawa perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada 8.30 malam (Waktu Malaysia: 9.30 mlm).
Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Penerangan Kemboja Khieu Kannarith.
Najib mempunyai aturcara yang cukup sibuk dalam tiga hari ini oleh kerana selain menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21, akan juga menghadiri lapan sidang kemuncak berkaitan.
Sidang kemuncak berkaitan ialah Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Asean dengan Majlis Penasihat Perniagaan Asean, Sidang Kemuncak Asean-Jepun ke-15, Sidang Kemuncak Asean-Republik Korea ke-15, Sidang Kemuncak Peringatan Asean Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asean-India ke-10, Sidang Kemuncak Asean-China ke-15, Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Asean-AS ke-4, dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-7.
Kesemua persidangan itu akan berlangsung di Peace Palace, di sini tempat letaknya Pejabat Perdana Menteri Kemboja.
Najib juga dijadual menemui Perdana Menteri China Wen Jiabao, Presiden Myanmar U Thien Sein dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung di luar sidang kemuncak itu.
Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih semula Barack Obama dijadual hadir pada mesyuarat Pemimpin-pemimpin Asean-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-7.

No comments:
Post a Comment