Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian berhubung isu kebebasan beragama.
Katanya,
beliau telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap
akhbar-akhbar tersebut dan kemungkinan beberapa blog yang didakwa
memutar belit kenyataannya berhubung isu tersebut.
Menurutnya, peguam Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah akan mewakili beliau dalam hal itu.
"Saya
tidak rela fitnah akidah begini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk
mengambil tindakan undang-undang demi menegakkan kebenaran dan
keadilan," kata Izzah dalam satu kenyataan hari ini.
Izzah sebelum ini, dalam satu forum, dilapor sebagai berkata bahawa tiada paksaan wajar dikenakan dalam beragama.
Kenyataan itu menyebabkan beberapa harian berbahasa Melayu melaporkan beliau menyokong amalan murtad di kalangan orang Islam.
Susulan
kenyataan itu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki
Husin dilapor bercadang mengambil tindakan terhadap Nurul Izzah jika ada
maklumat cukup tentang perkara itu.
Izzah dalam kenyataan balasnya menggesa JAIS turut sama menyiasat Utusan Malaysia jika JAIS bercadang menyiasatnya.
Ketua
pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ulasannya menyifatkan
kesungguhan JAIS menyiasat Nurul Izzah sebagai bersifat politik.
Menurut
Anwar, ia juga menggambarkan "tahap ketaksuban beragama" daripada
serangan yang diterima Nurul Izzah akibat laporan berita terhadap
kenyataan anaknya itu.
No comments:
Post a Comment