Sunday 18 November 2012

Pemuda Umno kesal PR manipulasi BR1M 2.0


Pemuda Umno kesal PR manipulasi BR1M 2.0
Sohaimi (kanan) membantu kakitangan Mydin Selayang melengkapkan borang BR1M 2.0.
SELAYANG - Tindakan Pakatan Rakyat (PR) mengedar borang BR1M 2.0 dari rumah ke rumah bersama beberapa risalah program Kerajaan Negeri dianggap tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Pemuda Umno Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Kerajaan Persekutuan tidak pernah melantik mana-mana pihak terutamanya PR menjadi ejen mengedar borang itu.
Menurutnya, tindakan itu dilihat mempunyai kepentingan politik dengan cuba memancing rakyat untuk datang ke program PR.

“Selain itu pendekatan edaran borang juga dibimbangkan bertujuan mengutip data pengundi yang akan digunakan sebagai strategi politik atau memancing undi menjelang pilihan raya,”  katanya kepada Sinar Harian selepas mengedar borang BR1M 2.0 di Mydin Selayang anjuran Pemuda Umno dengan kerjasama pasar raya itu.

Beliau berkata demikian mengulas aduan terdapat edaran risalah yang mengandungi borang BR1M 2.0 disertakan dengan program Kerajaan Negeri di kawasan Selayang Height, semalam.
Katanya, pihaknya akan membawa perkara itu untuk perhatian Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan mengambil langkah menjelaskan kepada rakyat Selangor untuk mengelakkan kekeliruan.

“Kita minta supaya PR menghentikan eksploitasi borang BR1M 2.0 untuk kepentingan politik dan berharap supaya rakyat lebih berhati-hati,” katanya.
Sohaimi berkata, taktik edaran borang BR1M bersama risalah program dan aktiviti PR telah dua kali dilakukan di Selayang membabitkan BR1M 1.0 di Taman Prima Selayang dan BR1M 2.0 di Selayang Height.
Sementara itu, dalam program semalam, Pemuda Selayang menyasarkan sekurang-kurangnya 500 hingga 1,000 borang BR1M 2.0 akan diedarkan kepada pelanggan dan kakitangan Mydin Selayang.
Sohaimi berkata, warga Selayang yang layak juga boleh dapatkan borang itu di pejabatnya di Bandar Baru Selayang.

No comments:

Post a Comment

Get widget