
Menurutnya, PAC akan mesyuarat pada 23 Oktober ini bagi menentukan perkara yang perlu dibincangkan berhubung laporan ketua audit negara itu, sekali gus mengalu-alukan kesediaan Shabery mengadap PAC.

"Tak pernah menteri sukarela datang untuk beri penjelasan berhubung Laporan Audit Negara. Selalunya lepas kita mesyuarat, baru kita panggil.
"Ini satu perkembangan yang baik. Sepatutnya beliau perlu diberi penghormatan kerana datang sukarela, datang dengan tanggungjawab sendiri," kata Nur Jazlan ketika dihubungi Malaysiakini.
Sambil menyifatkannya sebagai tindakan terbaik, Nur Jazlan juga berharap menteri lain turut mencontohi menteri penerangan, komunikasi dan multimedia itu tanpa tunggu dipanggil oleh PAC.
No comments:
Post a Comment