Pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno hari ini merakamkan
peristiwa luar jangkaan apabila calon Ketua Wanita Bahagian Petaling
Jaya Selatan, Norkhaila Jamaluddin mendakwa wujud pengundi hantu dalam
pemilihan bahagian itu.
Lawannya iaitu penyandang jawatan,
Munaliza Hamzah menang jawatan tersebut dengan 198 undi berbanding
Norkhaila yang mendapat 196 undi.
Menurut Utusan, Norkhaila
mendakwa jumlah kehadiran perwakilan adalah seramai 389 orang sedangkan
jumlah undi yang diterima adalah 401 undi termasuk 7 undi rosak.
"Jadi mana pengundi hantu itu dan saya kata ada penipuan besar di sini.
"Jadi
saya harap perkara ini dapat diselesaikan kerana dengan cara beginilah
orang fed up (bosan) dengan Umno ini," katanya kepada pemberita.
Beliau dilapor akan membuat bantahan pada malam ini untuk dihantar kepada Umno Selangor dan Umno Malaysia.
Di
Gua Musang pula, seorang perwakilan dalam pemilihan Wanita dilaporkan
bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai apabila senarai pencalonan
cawangannya tidak diterima dan ditolak.
Insiden jam 11 pagi berlaku apabila beliau bangun dan mencapai mikrofon untuk bercakap.
Namun, ia dipadamkan sekaligus mengundang amarahnya lalu bertindak menghempaskan mikrofon terbabit ke lantai.
Di
Tampin, Utusan melaporkan mesyuarat Pemuda UMNO tegang selepas 99 ahli
perwakilan bertindak keluar dewan beramai-ramai sewaktu mesyuarat
berlangsung.
Ia berlaku kerana mereka tidak berpuas hati dengan
kiraan undi perwakilan ke sidang perwakilan Umno bahagian Tampin pada 19
Oktober ini.
Calon Ketua Pemuda Umno bahagian, Saiful Adly Abd
Wahab mendakwa pengiraan yang dibuat itu tidak sama dengan jumlah yang
dikira oleh wakilnya.
Di Pasir Gudang pula, kekecohan turut
berlaku apabila Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian, Moeinuddin Zakaria
menghalau wartawan dari tempai mesyuarat di Dewan UniKL di Bandar Seri
Alam.
No comments:
Post a Comment