Sunday, 4 November 2012

Anak muda bukan pewaris kebodohan

Kita perlu percaya bahawa kemodenan memerlukan belia untuk mengharungi kehidupan dengan lebih progresif.

Arus perubahan ketika ini harus lebih berdaya dengan memaksimumkan minda bagi membawa Malaysia satu langkah ke hadapan.
Di seluruh dunia, sejak zaman Rennainsance yang menjadi penggerak utama kepada naik dan jatuhnya sesebuah tamadun adalah kebangkitan anak muda.

Kebangkitan anak muda pada waktu emas Eropah itu melahirkan Da Vinci, Michaelangelo dan pemikir-pemikir seperti Voltaire dan Kant.

Anak muda adalah asas kepada negara yang mendukung aspirasi negara dan menyatukan semangat kepada pembinaan tamadun yang kuat.
Imam Syafie pernah menyebutkan, "Jika mahu lihat masa depan sesebuah negara, lihat anak mudanya sekarang."
AMK Selangor menyakini kefahaman bahawa anak muda harus menjadi kental, keras dan berani untuk menolak kezaliman, menolak rasuah, dan menitik beratkan integriti dan nilai yang positif.

Anak -anak muda juga digalakkan untuk hadir dalam program-program kemasyarakatan dan mengadaptasi erti kerjasama dan semangat bersatu padu.
Anak muda harus berada di barisan hadapan, menjadi ‘whistleblower' dalam negara, iaitu menjadi penggera kepada setiap perkara yang memberi impak buruk kepada negara.

Hingga satu tahap, selayaknya anak muda bakal dijadikan kayu pengukur kepada kecemerlangan negara.
Memaknai kebangkitan belia
Maka inisiatif kerajaan negeri Selangor menganjurkan Hari Belia Antarabangsa 2012 pada 11 Ogos 2012 nanti adalah sebagai satu simbolik penghargaan kerajaan Pakatan Rakyat yang mengiktiraf peranan serta peri penting penyertaan anak muda dalam setiap aspek dan pelan pembangunan negeri.

Sekalung penghargaan buat Tan Sri Dato Seri Abd Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor dan YB Dr Ahmad Yunus Hairi, pengerusi jawatankuasa tetap adat resam melayu dan belia dan sukan yang menjadikan program ini satu acara penting buat anak-anak muda
Kerajaan negeri Selangor menganjurkan Hari Belia Antarabangsa 2012 ini dengan pengisian yang lebih santai serta interaktif dengan menyediakan program-program anak muda yang lebih merakyatkan penyertaan mereka.

Alami sendiri kemeriahan dan keseronokan program-program santai anak muda seperti Pertandingan Masak Bubur Lambuk yang mungkin selama ini telah dilupakan semangatnya terutama anak-anak muda.
AMK Selangor melihat segala bentuk program yang dianjurkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebagai usaha mencerminkan pembentukan belia yang kita impikan untuk masa depan negara.

Jiwa dan kematangan akal harus bergerak seiring, maka penganjuran sesebuah program yang baik akan mencapai sasaran dengan pengisian aktiviti yang menjurus ke arah kebaikan.
Justeru AMK Selangor menyeru agar semua anak muda untuk bersama-sama menjadi ejen perubahan yang akan menganjak pemikiran dan daya anak muda ke satu tahap yang lebih dihormati bukannya menjadi pewaris pada pembodohan minda dan merosakkan perlakuan belia sehingga hanyut dari puncak kegemilangan.

TPM: Jangan buat hukuman awal isu Nazri-Michael Chia

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cubaan menghidupkan semula ajaran Al-Arqam perlu diambil perhatian kerana melibatkan ajaran Islam yang salah.

Beliau berkata ajaran itu telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru ia tidak sepatutnya dihidupkan kembali.

"Ini telah diputuskan oleh Majlis Fatwa kita tidak lama dahulu, diharamkan. Tapi masih ada bunga-bunga (untuk aktif semula)... masih nak teruskan walaupun tidak atas nama Al-Arqam.

"Seperti yang disebut menteri bertanggungjawab di Jabatan Perdana Menteri, ini merupakan sesuatu yang kita perlu ambil perhatian sebab ia adalah ajaran salah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Guru Malaysia anjuran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta mengulas usaha menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam dengan penganjuran konsert khas di Rawang pada Khamis.

Dalam serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada majlis itu, 16 individu turut ditahan termasuk seorang pemimpin pembangkang. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan bon mahkamah semalam.

Mengulas penglibatan anggota pembangkang itu, Muhyiddin berkata: "Ini soal hukum, soal akidah. Tak kira siapa yang terlibat, kalau dia orang Islam, itu satu kesalahan. Sesuatu yang tidak harus dilakukan."

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri enggan mengulas dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan usahawan balak Michael Chia.

Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar tidak membuat hukuman awal hanya kerana ada pihak yang membuat tuduhan.

"Banyak pihak yang dituduh tapi akhirnya terbukti tak buat kesalahan dan diputuskan oleh mahkamah juga. Jangan mudah buat' judgement' awal sebelum ia diputuskan pihak berwajib. Ia mesti dilihat secara prinsip, kebertanggungjawaban dan undang-undang," katanya.

Tegasnya mana-mana pihak yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara boleh mengemukakannya kepada pihak bertanggungjawab supaya langkah susulan boleh diambil.

Umno menikus di hadapan MCA

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha telah menempelak apabila saya menegaskan bahawa MCA adalah parti yang anti-Islam .
Saya melihat beliau pura-pura bertanya: "Adakah PAS juga menganggap DAP sebagai anti-Islam?"

Persoalannya, kenapa pula setiausaha agung MCA bertanya demikian? Bukankah pemimpin pemimpin MCA, terutamanya dalam media milik mereka The Star secara konsisten menegaskan kepada masyarakat non-Muslim bahawa "undi untuk DAP adalah undi untuk hudud"?

Ertinya MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud. Maka apa masalah DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat? Dan apa perlunya PAS menganggap DAP anti-Islam pula? MCA yang sangat ketara sikap anti-Islamnya.

Pemimpin MCA juga selalu mengulang kenyataan bahawa "DAP tunduk kepada PAS".

Selayaknya tidak berbangkit persoalan yang dikemukakan oleh setiausaha agung MCA tersebut sebaliknya apa yang pasti ialah MCA sangat tegar menentang Islam.

Presiden MCA pada 23 September 2011 pernah menegaskan di hadapan para wartawan, jika Umno melaksanakan hudud, MCA akan keluar BN. Ekoran ugutan keras MCA, sehingga kini Umno terpaksa menikus demi kepentingan survival politik mereka.

Pada 4 Disember 2011, selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Datuk Seri Chua Soi Lek menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan.

Malah beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita di samping menyebut bahawa undang-undang Islam adalah kejam.

Menambah "kecutnya" Umno berdepan MCA ialah apabila presiden MCA itu menulis dalam Twitter pada 1 Julai 2012 (sebagai respon kepada ADUN Kemelah yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor) bahawa:

"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam."

Dituduh hilang akal pun, Umno masih tidak mampu membentak MCA apa lagi mengambil apa-apa tindakan berkesan ke atas MCA agar tidak biadab terhadap Islam dan penganutnya seperti menuduh hilang akal, habis idea dan sebagainya.

Tangguh AES : PR perihatin masaalah rakyat.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) yang telah bersetuju menangguhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
“Walaupun AES ini dibuat bagi bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut, namun ianya seolah-olah ingin mencari keuntungan dengan merompak duit rakyat,” kata Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob (gambar).
Bahkan, katanya kedudukan AES yang tidak munasabah dilihat bagaikan ingin mencari kesalahan pemanduan rakyat dengan apa cara sekalipun.
Menruutnya, DPPWP melihat penangguhan perlaksanaan AES sebagai satu pengajaran kepada pihak kerajaan Umno BN supaya berhenti dari menyembelih tengkuk rakyat demi memenuhi poket kroni-kroni.

“Apakah kerajaan ingin mendidik rakyat atau memeras ugut rakyat sendiri? Apakah kerajaan begitu terdesak kini untuk mendapatkan sumber pendapatan sehingga sanggup memecahkan tabungan rakyat sendiri?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DPPWP juga bersetuju bahawa pemasangan AES seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
Katanya, tindakan penangguhan tersebut juga dilihat bertepatan memandangkan begitu ramai rakyat yang teraniaya dengan saman AES.
Beliau berkata, ia juga membuktikan betapa kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat begitu prihatin dengan keluhan setiap rakyatnya yang kian dihimpit dengan pelbagai kos hidup yang kian mencengkam saban hari.
Justeru, ujarnya DPPWP mencabar kerajaan negeri Umno BN supaya turut menangguhkan perlaksanaan AES jika benar-benar prihatin terhadap permasalahan rakyat.
“Janganlah kerana AES ini projek kroni maka rakyat sanggup dikorbankan,” katanya.

Pas Dibidas Gagal Baca, Faham Surat Dr Mahathir Kepada Perdana Menteri Israel

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung tuduhannya kononnya surat diutus bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada perdana menteri Israel membuktikan Malaysia mengiktiraf rejim Tel Aviv itu sebagai sebuah negara sah.
Beliau berkata ketiga-tiga kandungan surat berkenaan langsung tidak menggambarkan sepertimana tuduhan itu, sebaliknya ia menyatakan pendirian dan ketegasan Malaysia berkenaan isu kebebasan Palestin.
“Saya rasa kalau mereka baca betul-betul, tak ada pun (mengiktiraf Israel) cuma disebutkan bahawa sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin tidak berbelah bahagi dan kita memberi peringatan kepada rejim Tel Aviv (tentang perkara itu).
“Ini sesuatu yang berbeza dengan seseorang yang menyatakan ia ingin memastikan keselamatan negara Israel,” katanya yang menambah bahawa Malaysia ada hubungan dengan banyak negara tetapi tidak bermakna Malaysia akan menghantar tentera untuk mempertahankan negara itu jika ia diserang.
Beliau mengulas kenyataan Tuan Ibrahim hari ini yang mendakwa tindakan Dr Mahathir menghantar tiga pucuk surat kepada tiga perdana menteri rejim Tel Aviv adalah bukti kerajaan mengiktiraf negara rejim zionis itu.
Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa program ‘Road to London’, di sini hari ini.
Pada 29 Feb lepas, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dipetik sebagai berkata ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.
Ketiga-tiga surat itu yang masing-masing bertarikh 21 Disember 1993, 14 Mac 1997 dan 8 Jun 1999 ditujukan kepada tiga perdana menteri rejim itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat Melaka pada 24 Feb dan Sekinchan, Selangor pada 26 Feb telah menyatakan kesediaan Kerajaan Malaysia untuk menyiarkan kepada umum beberapa pucuk surat Mahathir kepada Perdana Menteri Israel.

RM 207b : Nizar akan bawa buruh paksa ke Parlimen.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus mempersoalkan ke mana wang pampasan sebanyak RM207 bilion hak milik waris buruh paksa landasan keretapi Siam-Burma dibelanjakan serta disalurkan.


Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini wang pampasan tersebut, beliau berkata terdapat maklumat mengatakan perkara itu telah selesai.
Namun beliau sendiri belum pasti dalam bentuk apakah ia diistilahkan sebagai telah selesai.
“Ada usaha mengatakan isu ini telah selesai dan pihak persatuan juga mengatakan mereka menerima surat dan memberitahu isu ini telah selesai.

HINA ISLAM - CHUA SOI LEK PERLU MOHON MAAF


Seramai kira-kira 150 penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di hadapan ibu pejabat MCA hari ini bagi menuntut supaya presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta maaf atas kenyataan yang didakwa menghina Islam.
Kumpulan berkenaan mengancam akan mengadakan demonstrasi lebih besar dan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Chua tidak memohon maaf dalam tempoh seminggu.
Tuntutan itu adalah berhubung dakwaan Chua minggu lalu bahawa pekerjaan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas – termasuk dalam sektor rumah urut dan perjudian – sekiranya hudud dilaksanakan.
Memorandum berkenaan menyebut, tuntutan itu juga ekoran kenyataan Chua yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Chua juga pada Sabtu lalu mempertahankan kenyataan naib pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie yang mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Tuntutan itu dinyatakan dalam satu memorandum yang diserahkan kepada setiausaha kerja pemuda MCA, Leonard Tan Soon Huat di perkarangan bangunan tersebut.
Perhimpunan selama kira-kira 40 minit itu antara lainnya dipimpin ahli jawatankuasa pusat PAS Idris Ahmad, ketua penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Noor, ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan juga pemimpin NGO Jingga 13.
Turut menjadi perhatian dalam perhimpunan tersebut ialah pelakon Abby Abadi yang turut serta melaungkan slogan “Hidup Islam” dan “Hidup Rakyat”.
Kumpulan berkenaan juga membawa sepanduk bertulis “Jangan Hina Islam” dan “Soi Lek Wajib Minta Maaf”.
Dalam memorandum berkenaan, Pemuda PAS menegaskan bahawa kenyataan Chua sebelum ini menimbulkan rasa tidak senang dan mengganggu keharmonian kaum di negara ini.
Memorandum itu turut menyebut penghinaan terhadap Nik Aziz juga merupakan penghinaan terhadap rakyat Kelantan serta bangsa Melayu.
“Datuk Seri sebagai pemimpin parti komponen BN sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat di negara ini dengan menghormati amalan agama dan kepelbagaian bangsa dan kaum di negara ini,” memorandum itu dipetik.
Pada sidang media selepas itu, setiausaha agung Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil mempersoalkan fungsi beberapa NGO yang sebelum ini lantang memperjuangkan Islam.
“Mana JATI (Jalur Tiga)? Mana PERKASA? Yang kata nak pertahankan Islam? Bila Soi Lek cakap begitu, diam seribu bahasa.
“Kalau terus hina agama Islam, pemimpin Islam, kita akan tawar diri untuk dijadikan benteng pertahankan agama Islam,” katanya.

Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguhkan Pelaksanaan AES

Pemuda UMNO hari ini menuntut dan mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan mengkaji semula pelaksanaan sistem berkenaan kerana terdapat banyak rungutan dan persoalan mengenai sistem tersebut.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata terdapat banyak pandangan serta maklum balas daripada akar umbi mengenai sistem berkenaan dan pergerakan itu berharap mesyuarat kabinet pada minggu ini dapat membincangkan dan membuat keputusan berdasarkan desakan pergerakan itu.
Menurut beliau pihaknya telah membincangkan perkara berkenaan secara pro dan kontra dan kesimpulannya pergerakan itu mendapati terdapat banyak kelemahan yang ada pada sistem AES itu.
“Banyak rungutan mengenai lokasi kamera berkenaan…. Ada pandangan orang awam yang katakan lokasi itu tidak mencerminkan kebarangkalian berlakunya kemalangan. Banyak rungutan kawasan tersebut bukanlah kawasan yang dianggap tidak selamat atau bukan kawasan hitam.
“Keduanya ada tempat yang mana kamera diletakkan had lajunya tidak praktikal.. had laju rendah untuk diletakkan kamera dan banyak kenderaan yang melepasi had laju tersebut tanpa timbulkan masalah keselamatan. Ketiganya jarak kamera terlalu dekat dengan kawasan tertentu yang mana kawasan itu mudah untuk melepasi had laju.
“Kesimpulannya kami dapati bahawa ada banyak kelemahan pada sistem AES ini dan bukan kami tidak setuju kerana pada dasarnya sistem automatik adalah sistem yang baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah sekiranya sistem berkenaan hendak dilaksanakan selepas ini, kerajaan perlulah mengkaji beberapa aspek seperti lokasi, had laju dan mengadakan pendidikan umum.
“Bukan kita tidak sokong AES ini untuk jalan raya menjadi lebih selamat dan kami memahami bahawa ini tidak menghalalkan mereka yang melanggar undang-undang tidak dibawa pengadilan….AES menimbulkan banyak masalah.
“Jadi Pemuda desak kerajaan tangguhkan pelaksanaan AES dan kami harap mesyuarat jemaah menteri pada minggu ini dapat membincangkan perkara ini dan membuat keputusan atas permintaan dan desakan kami,” katanya.
Dalam pada itu Khairy turut memberitahu Pemuda UMNO dan Pemuda BN akan berperanan sebagai pemduah cara dalam usaha membantu proses pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Kita buat perkara ini atas semangat kesukarelaan sendiri dan tidak diminta oleh mana-mana pihak. Cuma kami dapati bahawa pengedaran BR1M kepada penerima baru terutama golongan bujang yang tidak tersenarai dalam BR1M pertama perlu kita permudahkan proses dan membantu mereka.
“Saya dah minta setiap bahagian edar borang dan skuad utusan pemuda pergi ke kawasan kilang-kilang, kawasan orang orang muda dan sasaran kita adalah 2,000 setiap bahagian. Kita akan pergi ke kawasan yang ramai orang muda untuk edarkan borang dan sekiranya perlu akan kutip dan hantar borang BR1M 2.0 ke LHDN.
“Walaupun borang ini mudah dimuat turun menerusi internet, boleh diisi secara elektronik tetapi contohnya ramai pekerja kilang yang tidak sempat untuk isi secara elektronik dan kami akan hantar Skuad Utusan Pemuda untuk bawa borang berkenaan kepada mereka yang layak,” katanya.

Can coaching kick-start your career?

Even the best need some advice now and then.Bill Clinton had a coach, Oprah Winfrey used one to help her get to the top of her career and, of course, top sports stars have them.
But the chances are you might have one, too, as according to a recent study by the Institute of Leadership and Management (ILM), coaches in the office are becoming almost common place.
In the survey of 250 UK companies, 80% said they were using or had used coaching, and another 9% were planning to do so.
"We were surprised that it was so widespread," says David Pardey, of ILM, "particularly because we did the survey in the middle of a recession."
If you train people, it will pay off year after year, and then you have people working continuously to help others perform better.
David Pardey
A 2009 study by the Chartered Institute of Personnel Development confirmed that even during the economic downturn coaching remained buoyant; 7 out 10 companies surveyed reported increasing or maintaining their commitment to coaching.
According to Pardey, coaching is a tool that enables people to perform to their full capability.
"It's the difference between knowing how to do something and actually doing it in practice," he says.
"So from an organizational point of view it can maximize your potential and take you from average to excellent. If everyone in the company were performing as the best person, the difference would be extraordinary."
For individuals like David Fitzgerald, executive vice president and partner at CB Richard Ellis New England, coaching elevates his game.
"I like to win, and coaching helps me to win even more," he says.
Coaching has been finding favor among companies for over a decade, according to Ginger Jenks, an executive coach, founder and president of Magellan Enterprises in Colorado.
"Five years ago, coaching was in about 75 countries, now it is in about 110," says Jenks who is certified with the International Coach Federation, where she has also served on the board.
Jenks believes that coaching is going where music and sports have always been.
"If you want to get to the top, you need a coach. In the past, I was a leader's secret weapon. Now, a coach is accepted as a must-have for people in the top of their field," says Jenks.
The reason for its growing popularity could be its win-win effect. The ILM study found that 95% of companies who used coaching said it has benefited the individual as well as the organization.
There are a couple of hitches, however. One is assuring that a coach is fully qualified and a current lack of standardization means anyone can call themselves a coach. The second is cost. Coaching is not inexpensive, but that is a fact experts believe is pushing another growing trend in the industry; companies training and keeping their own coaches on staff.
"This is where we are seeing the real growth happening in terms of business coaching," says Suzanna Prout, managing director of Xenonex Limited, an executive coaching and leadership development company.
Pardey agrees: "If you train people, it will pay off year after year, and then you have people working continuously to help others perform better. It will be a significant feature of successful organizations."
That is what happened at Doncaster College in the UK, where principal and CEO George Trow, says coaching and management development has transformed the school from a poorly functioning one to a success story.
"When I came here, the college had had seven principals in five years," says Trow, adding that both the student and financial performance of the school were inadequate.
To turn things around, Trow put 70 managers through a coaching program and trained ten internal managers as coaches. He wanted to install a coaching culture and this made the program financially sustainable.
Almost three years after the introduction of the coaching program, Trow says the student success rate has increased dramatically and the school is in a healthy financial state.
"What has happened is that we are seeing a more effective performance from people, better conflict resolution, better communication, and we have been able to deal with a lot of thorny issues that had been parked for a while," he says.
According to Prout, what coaching does is help show "an organization's blind spots."
"It is about having that discipline to be asking yourself the tough, challenging and open questions that people often have a tough time asking themselves," she says.

'Kami hanya tentang hudud versi Pas'








DATUK SERI DR. CHUA SOI LEK PRESIDEN MCA PENDIRIAN MCA berkaitan perjuangan hudud versi Pas telah menimbulkan pelbagai reaksi hingga parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dikatakan menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia. Yang berikut adalah kenyataan dikeluarkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) semalam bagi menjelaskan kekeliruan dalam isu tersebut: 1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud Pas bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia. 2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari daripada Pertubuhan Ilmuwan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan daripada beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

Janji Pakatan: Turun harga minyak dan kereta, mansuh PTPTN, pendidikan percuma

pakatan seremban mega rally 031112 1

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir. "Saya berbicara dengan hati dan keyakinan, jika kita buat sesuatu dengan tidak mempertahankan kezaliman... Kita pergi ke Putrajaya, (kita) jangan izin rakyat menderita dan dizalimi. "... kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma dan kaji AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik). "(Indeks) rasuah meningkat, barang naik... itu racun daripada BN," kata Anwar yang juga ketua umum PKR di hadapan kira-kira 30,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi. Ia merupakan kesimpulan isi ceramahnya yang mengulas isu-isu semasa antaranya kenaikan harga minyak dan risiko pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggapnnya membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Sekaligus, beliau yang juga ketua pembangkang turut mengulangi jaminan dan janji Pakatan mengenai pemberian pendidikan percuma dengan membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta. "Jika kita menang, Insya-Allah kita juga akan tingkatkan mutu pendidikan negara... Kita tidak akan terlibat dengan diskriminasi... Tak payah main isu bangsa. Kita akan lawan, insya-Allah kita akan menang," katanya sewaktu mengulas isu PTPTN. Selain itu, Anwar membidas pengamalan rasuah tetapi didakwanya didiamkan oleh pihak berkuasa dan keresahan anak muda yang tidak pekerjaan sedangkan ada individu yang didakwanya mengautkan keuntungan berbilion ringgit selepas membeli syarikat arak. Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat.    pakatan seremban mega rally 031112 anwar     Sebelum itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka "maha suci" daripada kekurangan. "Tidak ada silap... Harta negara (jadi macam) harta pemimpin. Ini bukan satu amanah. Ini bukan ajaran Islam... Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau bagi menghuraikan sepotong ayat al-Quran yang dibacanya sebelum itu. Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Abdul Hadi menegaskan rakyat boleh menghukum kerajaan itu dengan menggunakan platform demokrasi, bahkan Pakatan melaksanakannya dengan menghantar wakil rakyat di Parlimen untuk menghantar mesej tersebut. "(Tetapi) BN tidak bersedia untuk untuk membuat perubahan. Kita wajib ubah kerajaan. Tukar pemimpin (berlaku) di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain. "Parti buat silap, rakyat hukum... Tapi ia tidak jadi di Malaysia. Mahu jadi kerajaan selama-lamanya. Kesalahan ditutup dengan akta OSA, ISA untuk menyekat kebebasan rakyat," katanya. Sementara itu, Lim Kit Siang pula menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13. "Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," katanya. Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan itu kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni.

Puluhan ribu hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat walaupun hujan




Walaupun hujan lebat bermula jam 2 petang dan padang becak, ia tidak menghalang kira-kira 30,000 orang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan malam tadi. Padang yang digenangi air dan berlumpur, tidak mematahkan semangat mereka berpayung dan berbaju hujan serta berdiri di tengah padang sewaktu hujan renyai bagi mendengar penjelasan isu-isu semasa daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Himpunan anjuran gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu sebagai permulaan sebelum diteruskan di beberapa buah negeri bagi menyokong tuntutan mengadakan pilihan raya bersih dan adil. "Kenapa kita memilih Negeri Sembilan, kerana ia negeri paling awal kita akan berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang. Bila tiba mengundi, jam 7 malam (keputusan diumumkan), Wisma Negeri kita telah tawan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Wisma Negeri merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri itu yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohamad Hassan Kata-kata pemimpin PAS yang mesra dipanggil 'Abang Mat' itu - juga merupakan pengarah program - diiringi tepukan dan sorakan hadirin yang hadir. 'Ayam sabung' PAS itu juga berkata perhimpunan seumpama itu, bakal diteruskan di Stadium Muhammad ke-IV di Kelantan pada 16 November ini sebelum diikuti di beberapa negeri mengikut zon - Pahang, Kedah, Johor dan Perak. Perhimpunan itu juga kemudiannya, akan diteruskan oleh kepimpinan Pakatan di peringkat negeri yang melibatkan antaranya Melaka, Pulau Pinang dan Perlis, tambahnya. Mohamad Sabu berkata acara kemuncak perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Januari tahun depan dengan sasaran sebanyak sejuta rakyat akan berhimpun di situ. "Perhimpunan seluruh rakyat di Kuala Lumpur di antaranya menyokong tuntutan BERSIH, (dan) tuntutan rakyat (yang akan disertai) tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (royalti), Oren (Felda), Kuning (BERSIH) atau apa-apa warna sekalipun," katanya. Sebelum itu, ketua pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyampaikan ucapan yang pada umumnya menyatakan kehadiran puluhan ribuan di situ sebagai indikasi bahawa Pakatan Rakyat mampu menguasai Wisma Negeri pada pilihan raya umum akan datang. Mereka adalah Pesuruhjaya PAS Mohd Taufek Abdul Ghani, Anthony Loke (Ketua DAP Negeri Sembilan) dan Datuk Kamarul Baharin Abbas (ketua pimpinan PKR negeri). Sementara itu, dalam ucapannya, Anthony menegaskan DAP berjanji akan bertungkus-lumus untuk mengalah MCA, Gerakan dan MIC di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum akan datang. "Saya juga mahu tuan-tuan berjanji di mana kerusi PAS atau PKR bertemu Umno, adalah menjadi kewajipan kita untuk habiskan (kalahkan) Umno dan BN. Marilah sama-sama kita jatuhkan BN," katanya yang diirngi tepukan dan sorakan gemuruh hadirin. Beliau sekali lagi menempelak Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang didakwanya "biadap" dengan menghina Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mengulangi janjinya untuk membelanya. "Jika agama Buddha dihina (sekalipun), saya yakin pemimpin PAS juga akan mempertahankannya. Kalau agama Hindu dan Kristian dihina, saya yakin PKR akan mempertahankan. Kalau agama Islam dihina, DAP akan mempertahankannya," katanya yang juga ahli parlimen Lobak. Ketiga-tiga mereka kemudiannya memeterai dengan membaca satu persefahaman untuk mendokong dan menjunjung Undang-undang Tubuh negeri serta Tonggak Nan9 iaitu janji untuk membela rakyat termasuk Orang Asal jika diberi kepercayaan mentadbir negeri itu. Selepas itu, Sasterawan Negara dan Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said kemudiannya, mendeklamasikan puisi bertajuk 'Pelamin Kuasa' yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin.

The 2012 FIFA Futsal World Cup will be the 7th FIFA Futsal World Cup, an international futsal tournament that is expected to take place 1–18 November 2012 in Thailand. An extra 4 teams (24 from 20 at the 2008 event in Brazil) will compete at this particular World Cup.

Group Stage:


Group A

Team Pld W D L GF GA GD Pts
Thailand 11003123
Ukraine 10103301
Paraguay 10103301
Costa Rica 100113−2 0

MatchDate - TimeVenueResults
11/11/2012 17:00BangkokUkraine3-3Paraguay
21/11/2012 19:00BangkokThailand3-1Costa Rica
134/11/2012 17:00BangkokParaguay -Costa Rica
144/11/2012 19:00BangkokThailand -Ukraine
277/11/2012 19:00Nakhon RatchasimaCosta Rica -Ukraine
287/11/2012 19:00BangkokParaguay -Thailand

Group B

Team Pld W D L GF GA GD Pts
Panama 11008353
Iran 10102201
Spain 10102201
Morocco 100138−5 0

MatchDate - TimeVenueResults
72/11/2012 19:00BangkokPanama8 – 3Morocco
82/11/2012 21:00BangkokSpain2 – 2Iran
195/11/2012 19:00BangkokMorocco -Iran
205/11/2012 21:00BangkokSpain -Panama
318/11/2012 19:00BangkokIran -Panama
328/11/2012 19:00BangkokMorocco -Spain

Group C

Team Pld W D L GF GA GD Pts
Portugal 11005143
Brazil 11004133
Japan 100114−3 0
Libya 100115−4 0

MatchDate - TimeVenueResults
31/11/2012 19:00Nakhon RatchasimaLibya 1 – 5Portugal
41/11/2012 21:00Nakhon RatchasimaBrazil 4 – 1Japan
154/11/2012 19:00Nakhon RatchasimaPortugal -Japan
164/11/2012 21:00Nakhon RatchasimaBrazil -Libya
257/11/2012 17:00BangkokJapan -Libya
267/11/2012 17:00Nakhon RatchasimaPortugal -Brazil

Group D

Team Pld W D L GF GA GD Pts
Italy 11009183
Argentina 11005143
Mexico 100115−4 0
Australia 100119−8 0

MatchDate - TimeVenueResults
52/11/2012 17:00BangkokItaly 9 – 1Australia
62/11/2012 19:00BangkokArgentina 5 – 1Mexico
175/11/2012 17:00BangkokAustralia -Mexico
185/11/2012 19:00BangkokArgentina -Italy
298/11/2012 17:00BangkokMexico -Italy
308/11/2012 17:00BangkokAustralia -Argentina

Group E

Team Pld W D L GF GA GD Pts
Egypt 00000000
Serbia 00000000
Czech Republic 00000000
Kuwait 00000000

MatchDate - TimeVenueResults
113/11/2012 19:00BangkokCzech Republic -Kuwait
123/11/2012 21:00BangkokEgypt -Serbia
236/11/2012 19:00BangkokKuwait -Serbia
246/11/2012 21:00BangkokEgypt -Czech Republic
359/11/2012 19:00BangkokSerbia -Czech Republic
369/11/2012 19:00BangkokKuwait -Egypt

Group F

Team Pld W D L GF GA GD Pts
Russia 00000000
Guatemala 00000000
Solomon Islands 00000000
Colombia 00000000

MatchDate - TimeVenueResults
93/11/2012 17:00BangkokGuatemala -Colombia
103/11/2012 19:00BangkokRussia -Solomon Islands
216/11/2012 17:00BangkokColombia -Solomon Islands
226/11/2012 19:00BangkokRussia -Guatemala
339/11/2012 17:00BangkokSolomon Islands -Guatemala
349/11/2012 17:00BangkokColombia -Russia

Ranking of third-placed teams

Team Pld W D L GF GA GD Pts
1
2
3
4
5
6

Round of 16 Quarter-finals Semi-finals Finals
Runner-up Group A
Runner-up Group C Winner Match 37
Winner Group D Winner Match 41
3rd Group B/E/F Winner Match 47
Winner Group B
Winner Match 48
3rd Group A/C/D Winner Match 39
Winner Group F Winner Match 43
Runner-up Group E Winner Match 49
Winner Group E Winner Match 50
Runner-up Group D
Winner Match 44
Winner Group C Winner Match 42
3rd Group A/B/F Winner Match 45
Runner-up Group B Winner Match 46
Runner-up Group F Winner Match 40
Winner Group A
Winner Match 38
3rd Group C/D/E

Get widget