Logo Presiden
Pemilihan Presiden Amerika Syarikat Barrack - Mitt
NEW YORK - Selepas kempen yang "begitu panas" sejak awal tahun ini, rakyat Amerika Syarikat (AS) mula keluar mengundi untuk memilih sama ada Barack Obama ataupun Mitt Romney.
Obama bertanding untuk mempertahankan jawatannya yang dimenangi pada 2008, dalam pemilihan bersejarah, sebagai Presiden AS ke-56.

Jika Romney, bekas Gabenor Massachusetts, menang, beliau akan muncul sebagai Presiden AS ke-57.

Pemilihan hari ini akan menjawab soalan sama ada Obama atau Romney akan mengetuai White House mulai Januari 2013.

Bagaimanapun menurut laporan nbcnews.com, pemenang akan berhadapan dengan ketidaktentuan dalam mengepalai AS - khususnya dalam soal ekonomi.
Pemenang pemilihan perlu memperoleh 270 undi untuk menjawat jawatan presiden selama empat tahun.

Keputusan rasmi dijangka diketuai mulai awal pagi esok (waktu Malaysia).