Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menafikan dakwaan 
bahawa kerja pembinaan projeknya menyebabkan beberapa kejadian gangguan 
bekalan air berlaku.
   
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk 
Azhar Abdul Hamid, ketika menafikan dakwaan Syarikat Bekalan Air 
Selangor (Syabas), berkata gangguan berkenaan berlaku ekoran kewujudan 
perkhidmatan di kawasan yang tidak dipetakan dan perkara itu perlu 
ditangani syarikat utiliti terbabit. 
   
Beliau berkata 
perkhidmatan utiliti termasuk air, elektrik serta telekomunikasi 
dipetakan oleh pemiliknya dan semua kerja pembinaan yang memerlukan 
pemindahan sementara atau kekal adalah berdasarkan peta yang disediakan 
mereka.
   
"MRT Corp telah mengulang periksa data yang diterima 
daripada pemilik utiliti menerusi pemeriksaan secara imbasan dan fizikal
 di peringkat awal kerja.
   
"Bagaimanapun, sesetengah utiliti 
mungkin tidak boleh dikesan oleh alat pengimbas seperti plastik," 
katanya dalam satu kenyataan semalam.
   
Beliau juga mengakui 
bahawa kerja mengimbas mampu menghalang gangguan perkhdmatan seperti 
yang berlaku apabila pihaknya mengesan kabel utama bekalan kuasa di 
Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini yang tidak terdapat dapat peta utiliti.
 
   
Azhar juga mencadangkan satu badan ditubuh oleh agensi berkenaan sebagai pusat sehenti bagi data seumpamanya. 
   
"Sebuah pusat sehenti bagi lokasi semua perkhidmatan utiliti boleh menjadi rahmat kepada industri pembinaan. 
   
"Yang
 pasti ia akan membolehkan kos pembinaan projek diurus lebih baik selain
 mengurangkan kesulitan kepada orang ramai," katanya. 
   
Semalam,
 SYABAS mendakwa sebanyak 16 kes paip pecah yang dicatat tahun ini 
adalah disebabkan oleh kerja-kerja projek MRT/LRT berbanding lapan pada 
2012. 
    
No comments:
Post a Comment