Sunday 6 October 2013

Apa pendapat anda?

Pakatan Rakyat disifatkan "berkhayal sendiri" dan mengalami "sindrom burung unta" kerana didakwa gagal mengakui kesalahan sendiri seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di negeri di ditadbir mereka

Anggota jawatankuasa Pusat MCA Loh Seng Kok berkata, kritikan Pakatan dalam isu salah tadbir kewangan oleh kerajaan persekutuan dianggap seperti "mengata dulang paku serpih".

malaysiakini interview loh seng kok 061108 03"Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan, bawah pemerintahan Pakatan, Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) dalam tempoh tiga tahun membelanjakan baki dana kerajaan dengan mengeluarkan antara tiga hingga empat bulan bonus kepada kakitangan.

"SSIC mengisytiharkan bonus kepada pekerja dari tahun 2009 hingga 2011 bersamaan perbelanjaan tiga tahun berjumlah RM887,620.

"Laporan Ketua Audit juga mengetengahkan salah urus Pakatan dan pelaksanaannya yang lemah," katanya.

Loh berkata, kerajaan Selangor aptut menyiasat penemuan melalui Jawatankuasa Khas bagi Kecekapan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (Selcat).

Jika tindakan itu gagal diambil, ia hanya menunjukkan bahawa Pakatan hanya pandai bercakap dan menyalahkan orang lain..

No comments:

Post a Comment

Get widget