Tuesday 1 October 2013

M'sia jadi tumpuan lepas kehadiran calon presiden Indonesia

Malaysia menjadi perhatian media selepas calon presiden Indonesia Prabowo Sibianto hadir dalam perbicaraan kes pembunuhan melibatkan warganegara republik itu di Kelantan.

Probowo dilaporkan hadir dalam dalam sesi pendengaran di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini untuk apa yang dirujuknya sebagai "misi menyelamatkan" pembantu rumah Wilfrida Soik, lapor sebuah harian berbahasa Inggeris.

Wilfrida diwakili peguam terkenal Tan Sri Shafee Abdullah.

Dia didakwa membunuh majikannya Yeap Sook Pen in Pasir Mas, Kelantan pada 2010.

Bagaimanapun, perbicaraan itu dijangka mencetus kontroversi apabila dia didakwa di bawah umur ketika kejadian.

Probowo, pemimpin Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dilihat antara lima calon paling popular menjelang pilihan raya presiden Indonesia yang akan berlangsung pada tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Get widget