Kenyataan jelitawan Nora Danish bahawa banglo RM 7.2 juta yang dibeli
oleh anak menteri pelancongan bukan untuk dirinya membuka ruang kepada
pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu, kata NGO Solidariti Anak
Muda Malaysia (SAMM).
SAMM merujuk kepada kenyataan Nora Danish kepada "Zass", sisipan hiburan akhbar Sinar Harian semalam.
Seniwati
berstatus ibu tunggal dengan seorang anak itu dipetik sebagai berkata
bahawa banglo itu bukan dibeli untuk dirinya sebaliknya untuk ibu kepada
Nedim, anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz.
"Dengan pengakuan ini
juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
agar bersedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz," kata
Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan.
Menurut Edy, terdapat beberapa persoalan sekitar pembelian banglo itu yang sehingga kini masih belum terjawab.
Antaranya berhubung kemampuan pembelinya membeli rumah dengan harga
sedemikian, peratusan wang tunai yang digunakan dalam pembelian itu,
serta prosedur kelulusan pembelian banglo tersebut oleh pihak bank.
Menurutnya lagi, SAMM bersedia bekerjasama dan menyerahkan
dokumen-dokumen berkaitan pembelian banglo itu kepada LHDN dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
No comments:
Post a Comment