Tuesday, 8 October 2013

10 sekolah memandu saman k'jaan isu BL1M

Sepuluh sekolah memandu memfailkan saman terhadap kerajaan, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan dan seorang pengarah biro Pemuda Umno berhubung inisiatif Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diperkenalkan perdana menteri.

NONEMereka antaranya memohon mahkamah mengisytiharkan program itu sebagai menyalahi undang-undang.

Dalam saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mereka mendakwa terdapat konspirasi yang menjejaskan ekonomi mereka.

Menurut mereka lagi, dalam program BL1M yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini, yuran tahunan Yang dikenakan kepada pelajar lesen B2 (motosikal bawah 250cc) berjumlah RM130 atau RM150.

Kata mereka, yuran itu jauh lebih rendah daripada jumlah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu pada 2009, sebanyak RM261 keseluruhannya.

No comments:

Post a comment

Get widget