
Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily, Nik Aziz (kanan) juga berkata, "ketirisan berbilion ringgit wang rakyat" di sektor kerajaan itu akan terus berlaku selagi BN menjadi kerajaan.
"Puncanya, undang-undang manusia tidak akan mampu mengawal manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang, tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT," katanya.
Bekas menteri besar Kelantan juga berkata, wang itu, jika dapat diselamatkan pasti memberi banyak manfaat kepada berjuta-juta rakyat apabila digunakan untuk membantu perbelanjaan negeri yang sekitar RM500 juta setahun.

No comments:
Post a Comment